Carian/Cabutan Daftar Kematian Luar Negara (Semenanjung)
Permohonan untuk mendapatkan carian/cabutan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan dari luar negara.
Permohonan carian/cabutan daftar kematian boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
- Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat yang sah atau ibu atau bapa tiri)
- Suami atau isteri yang sah.
- Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri seibu/sebapa).
- Adik-beradik (termasuk adik-beradik kandung/adik-beradik angkat/adik-beradik seibu/sebapa).
- Datuk/nenek dari ibu/bapa kandung.
- Cucu Kandung.
- Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM (Borang 13) / Perintah Mahkahmah.
Permohonan dikehendaki hadir di Pejabat Perwakilan Malaysia/Kedutaan Malaysia yang berhampiran di negara berkenaan.
- Borang JPN.LM13 (kematian di Semenanjung)/Borang N2 (kematian di Sabah)/ Borang XI (kematian di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
- Sijil Kelahiran pemohon (asal dan Salinan – jika ada)
- Surat Litup dari Pejabat Perwakilan Malaysia/Kedutaan Malaysia.
- Pasport pemohon (salinan).
- Resit bayaran cabutan sijil kelahiran berjumlah RM5.00/Fi Pemohonan (Keputusan Carian Daftar Kematian) berjumlah RM10.00.
Pejabat Perwakilan Malaysia /Kedutaan perlu membuat pengesahan ke atas salinan dokumen yang dikemukakan sebelum menghantar dokumen tersebut ke JPN Putrajaya untuk diproses.
Fi Permohonan (Keputusan Carian Daftar Kematian) – RM10.00
Cabutan Daftar Kematian – RM5.00
- Borang N2
- JPN.LM13
- Borang XI
Makluman: Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan. Sekiranya tiada borang asal, borang salinan boleh digunakan.