Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Carian/Cabutan Daftar Kematian (Semenanjung)

Carian/Cabutan Daftar Kematian (Semenanjung)

Permohonan untuk mendapatkan carian / cabutan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. 

Permohonan carian / cabutan daftar Kematian boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:

  1. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri)
  2. Suami atau isteri yang sah.
  3. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri seibu/sebapa).
  4. Adik-beradik (termasuk adik-beradik kandung/adik-beradik angkat/adik-beradik seibu/sebapa).
  5. Datuk/nenek dari ibu/bapa kandung.
  6. Cucu kandung.
  7. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM (Borang 13) / Perintah Mahkahmah.
  8. Firma Guaman (mewakili agensi swasta/GLC/Institusi Kewangan/lain-lain individu yang tidak berkaitan dengan pemilik dokumen).
  9. Badan Berkanun (agensi hendaklah memohon melalui peguam/tetuan masing-masing).
  10. Agensi Kerajaan.

Pemohon dikehendaki hadir di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.

A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 7

  • Borang JPN.LM13 (kematian di Semenanjung)/ Borang N2 (kematian di Sabah)/ Borang XI (kematian di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).


B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 8

  • Borang JPN.LM13 (kematian di Semenanjung)/ Borang N2 (kematian di Sabah)/ Borang XI (kematian di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
  • Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
  • Surat lantikan daripada anak guam (asal).
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
  • Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).
  • Sijil Amalan Guaman yang sah (asal/salinan yang disahkan oleh peguam lain.


C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 9 DAN 10

  • Borang JPN.LM13 (kematian di Semenanjung)/ Borang N2 (kematian di Sabah)/ Borang XI (kematian di Sarawak) yang telah diisi dengan lengkap (asal).
  • Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
  • Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan – jika berkaitan).

Fi Permohonan (Keputusan Carian Daftar Kematian) – RM10.00

Cabutan Daftar Kematian – RM5.00

  1. JPN.LM13 (kematian di Semenanjung)
  2. Borang N2 (kematian di Sabah)
  3. Borang XI (kematian di Sarawak)

Makluman: Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan. Sekiranya tiada borang asal, borang salinan boleh digunakan.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai