Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Laporan Kematian Luar Negara (Semenanjung)

Laporan Kematian Luar Negara (Semenanjung)

Setiap kematian penduduk Malaysia di luar negara hendaklah dilaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jabatan ini akan mengemaskini maklumat kematian si mati di dalam sistem JPN dan satu (1) surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon. Laporan kematian luar negara boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan laporan  Kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Suami atau isteri si mati;
  2. Anak si mati yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Ibu atau bapa si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati yang berumur 18 tahun ke atas;
  5. Individu yang mengetahui tentang kematian dan dapat mengemukakan keterangan atau bukti mengenai kematian.

  1. Borang Daftar Kematian JPN.LK01 (Kemaskini Kematian Luar Negara);
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan  salinan);
  4. Dokumen bukti kematian:-
    • Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh negara dimana kematian berlaku (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);
    • Surat Pengesahan Kematian daripada hospital di mana  kematian berlaku (asal dan salinan ); dan
    • Surat Pengesahan Kematian daripada Pejabat Kedutaan  Malaysia di luar negara di mana kematian berlaku (asal dan salinan ).

Percuma

JPN.LK01 – Borang Daftar Kematian 
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Scroll to Top
    Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
    W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

    Dasar Privasi

    ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai