Pendaftaran Biasa Kematian (Sarawak)
Pemohonan pendaftaran kematian biasa bermaksud setiap kematian yang berlaku di Sarawak hendaklah didaftarkan dalam tempoh 24 jam dari waktu kematian.
Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:
- Waris kepada si mati;
- Individu yang mengetahui tentang kematian.
- Borang III dan Borang XI diisi dengan lengkap;
- Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum si mati;
- Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
- Medical Certificate of The Cause of Death (Borang VIII);
- After Post-Mortem (Borang IX);
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemaklum (asal dan salinan);
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati. Jika tiada/hilang laporan polis hendaklah disertakan.
Percuma
- Borang III
- Borang XI
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.