Pendaftaran Biasa Kematian (Semenanjung)
- TINDAKAN AGENSI PENGESAH KEMATIAN (HOSPITAL, PDRM & DBKL)
Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;- Mengesah dan mengeluarkan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
- Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7 hari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.
- DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMAKLUM ATAU WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN
- Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
- Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.
- INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN
- Ibu atau bapa si mati;
- Suami atau isteri si mati;
- Anak-anak si mati;
- Adik-beradik kandung si mati
- Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).
- BAYARAN
- Tiada bayaran dikenakan.
- TINDAKAN WARIS SI MATI ATAU PEMAKLUM
- Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
- Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
- Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
- Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.
- DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN
- Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
- Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.
- INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN
- Ibu atau bapa si mati;
- Suami atau isteri si mati;
- Anak-anak si mati;
- Adik-beradik kandung si mati
- Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).
- BAYARAN
- Tiada bayaran dikenakan.
JPN.LM02 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.