Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Pendaftaran Kematian Semasa Menunaikan Haji (Semenanjung)

Pendaftaran Kematian Semasa Menunaikan Haji (Semenanjung)

Setiap kematian yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kematian atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian. [Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152]

Pemohonan pendaftaran kematian Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH2 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Bagaiamanapun, kelulusan hanya di buat di Ibupejabat JPN.

  1. Dokumen Bukti Kematian
  2.  Dokumen Pengenalan diri simati
  3.  Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)

Percuma

JPN.LMH2 – Borang Pendaftaran Kematian Semasa Menunaikan Haji 
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

    Scroll to Top
    Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
    W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

    Dasar Privasi

    ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai