Pendaftaran Lambat Kematian (Sarawak)
Pemohonan pendaftaran kematian lambat bermaksud pendaftaran kematian dibuat pada hari ke-2 hingga hari ke-7 selepas kematian berlaku.
Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:
- Waris si mati;
- Individu yang mengetahui tentang kematian.
- Borang III dan Borang XI diisi dengan lengkap;
- Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum si mati;
- Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
- Medical Certificate of The Cause of Death (Borang VIII);
- After Post-Mortem (Borang IX);
- Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemaklum (asal dan salinan );
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati;
- Laporan polis jika Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati tidak diserahkan atau tidak dijumpai kepada JPN.
Bayaran proses RM5.00.
- Borang III
- Borang XI
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.