Pendaftaran Lewat Kematian (Sabah)
Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Sabah dan didaftarkan selepas hari kesepuluh dari tarikh kematian.
Permohonan pendaftaran lewat kematian boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu si mati;
- Bapa si mati;
- Anak si mati;
- Adik-beradik si mati;
- Isteri atau suami si mati;
- Pegawai polis yang menjalankan siasatan jika tiada waris kepada si mati.
- Borang B dan Borang N2 (Cabutan);
- Dokumen pengenalan diri si mati.;
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
- Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah dan pengesahan oleh pegawai perubatan jika kematian berlaku di hospital/klinik;
- Keterangan Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung dan Akuan Saksi.
Bayaran proses RM10.00.
- Borang B
- BorangN2
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.