Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Pendaftaran Lewat Kematian (Sarawak)

Pendaftaran Lewat Kematian (Sarawak)

 Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Sarawak dan Pemaklum melaporkan kematian selepas tujuh (7) hari berikutnya dari tarikh kematian.

Permohonan pendaftaran lewat kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu si mati;
  2. Bapa si mati;
  3. Anak si mati;
  4. Adik-beradik si mati;
  5. Isteri atau suami si mati;
  6. Pegawai polis yang menjalankan siasatan jika tiada waris kepada si mati.

  1. Borang III dan Borang XI;
  2. Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum bagi Sarawak;
  3. Borang VIII (Medical Certificate of the Cause of Death);
  4. Borang IX (After Post-Mortem);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
  6. Dokumen Pengenalan Diri si mati;
  7. Laporan Polis jika kad pengenalan atau Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Si mati tidak diserahkan.

Bayaran proses RM10.00.

  1. Borang III
  2. Borang XI 
    (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai