Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Kematian Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25 (3) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sarawak)

Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25 (3) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sarawak)

Permohonan untuk membetulkan kesilapan atau memasukkan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan pembetulan maklumat seksyen 25(3) boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;

  1. Borang XI dan Borang JPN.LM21 yang lengkap;
  2. Surat Akuan Sumpah SA/81;
  3. Sijil Kematian si mati ( asal dan salinan );
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  6. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  7. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa si mati, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa si mati dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;

  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM10.00.

  1. Borang X1 
  2. JPN.LM21
    (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

    Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.
Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai