Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran (Anak Angkat) Melalui Perintah Mahkamah
Sijil Kelahiran (Anak Angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat cabutan sekiranya sijil asal hilang atau rosak dengan mengemukakan permohonan ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
Permohonan cabutan sijil kelahiran (anak angkat) melalui perintah mahkamah boleh dibuat oleh individu berikut:
1. Ibu bapa angkat;
2. Adik-beradik angkat;
3. Pemilik Sijil Kelahiran (Anak Angkat);
4. Firma Guaman yang dilantik oleh anak guam.
Borang JPN.AA04 yang telah lengkap diisi;
1. Kad Pengenalan atau pasport pemohon asal dan salinan);
2. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh Firma Guaman, salinan Kad Pengenalan atau pasport anak guam, surat lantikan asal dan salinan Kad Pengenalan wakil hendaklah disertakan.
3. Satu (1) salinan asal Sijil Kelahiran (Anak Angkat) kanak-kanak (jika pemohon membuat permohonan gantian sijil baru).
RM5.00
Borang Permohonan Pendaftaran Pengangkatan JPN.AA04 (dapatkan di kaunter JPN) diisi dengan lengkap.
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.