Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Pengangkatan Permohonan Carian Dan Cabutan Daftar Pengangkatan (De-Facto)

Permohonan Carian Dan Cabutan Daftar Pengangkatan (De-Facto)

Carian daftar pengangkatan dibuat bagi menyemak sama ada sesuatu pengangkatan telah didaftarkan atau belum di JPN. Cabutan daftar pengangkatan de facto dibuat jika berlaku kehilangan atau kerosakan atau gantian Daftar Pengangkatan tersebut. Permohonan Carian dan Cabutan Daftar Pengangkatan  de facto hendaklah dikemukakan di mana-mana pejabat JPN yang mengeluarkan daftar atau Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

Permohonan carian daftar pengangkatan boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Pemilik daftar pengangkatan (jika telah memiliki kad pengenalan);
2. Ibu atau bapa angkat;
3. Adik-beradik angkat;
4. Firma Guaman yang dilantik oleh keluarga angkat

  1. Borang Permohonan Carian atau Cabutan Daftar Pengangkatan JPN.AA02;
  2. Kad Pengenalan atau pasport pemohon (asal dan salinan);
  3. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh Firma Guaman, salinan Kad Pengenalan atau pasport anak guam, surat lantikan asal dan salinan Kad Pengenalan wakil hendaklah disertakan.
  4. Daftar Pengangkatan (AM233) (asal atau salinan) bagi permohonan gantian sahaja.

RM5.00

Borang JPN.AA02 

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai