Permohonan Pengangkatan Di Negeri Sabah
- Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan di negeri Sabah perlu membuat permohonan di mahkamah-mahkamah berkaitan mengikut kategori seperti berikut:-
a) Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja;
b) Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan native; dan
c) Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam - Pendaftaran anak angkat di Sabah dibuat berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 (Sabah No.23 Tahun 1960), Native Adoption Regulations 1961 dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004 dan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah Negeri Sabah (amalan dan tatacara pengambilan anak angkat) 2006.
- Pemohon yang ingin mendaftarkan pengangkatan perlu memohon perintah pengangkatan melalui Mahkamah-Mahkamah di Sabah iaitu:
a) Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja;
b) Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan native; dan
c) Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam - Permohonan perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah setelah mendapat perintah daripada pihak Mahkamah dan individu yang berkelayakan untuk memohon adalah seperti berikut;-
i. Ibu bapa angkat atau ibu/bapa angkat tunggal
ii. Firma guaman atau wakil firma guaman (Surat Rasmi Pelantikan daripada pejabat firma guaman asal dan satu (1) salinan kad pengenalan wakil firma guaman hendaklah disertakan)
- Sijil lahir (Asal)
- Dokumen pengenalan diri ibu/bapa angkat
- Sijil nikah/ perkahwinan ibu/bapa angkat
- Dokumen pengenalan diri ibu/bapa kandung (Asal) – Jika ada
- Perintah Mahkamah Pengangkatan melalui:
a) Mahkamah Anak Negeri
i. Surat litup (Letter Head)
ii. Borang 4 & 5
b) Mahkamah Tinggi Syariah
i. Surat litup (Letter Head)
ii. Form no 6
c) Mahkamah Tinggi Syariah
i. Surat Litup (Letter Head)
ii. Perintah
iii. Borang 11 & 12
Tiada bayaran yang dikenakan