Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama › Perkhidmatan › Perkahwinan › Pendaftaran Perkahwinan Sivil

Pendaftaran Perkahwinan Sivil

Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.

1

Maklumat permohonan

Pendaftaran Perkahwinan Sivil

Di mana untuk membuat permohonan?

Semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara

Borang

JPN.KC02 – Pemberitahuan Perkahwinan dan Akuan Bertulis

Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN.

Fi

RM10.00 – Perakuan Perkahwinan

RM20.00 – Pendaftaran Perkahwinan (pada hari pengupacaraan)

Tempoh Sah Laku

6 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Penerangan Am

Permohonan perkahwinan bagi pemohon lelaki atau perempuan yang berumur genap 21 tahun ke atas. Pemohon adalah berstatus bujang / duda / janda / balu.

Permohonan dalam talian

Permohonan perkahwinan dalam talian boleh dibuat di https://oskc.jpn.gov.my/

Semakan kelulusan permohonan perkahwinan dalam talian boleh disemak melalui https://semakoskc.jpn.gov.my/

Buka perkhidmatan dalam talian

Buka perkhidmatan dalam talian

Syarat Permohonan

Permohonan perkahwinan perlu dikemukakan di JPN mengikut alamat seperti di kad pengenalan.

Pengupacaraan perkahwinan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN yang dipilih oleh pasangan.

Jika pemohon bertaraf bukan warganegara, pemohon perlu bermastautin di Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari berturut-turut dan hanya boleh mengemukakan permohonan pada hari kelapan (8).

Permohonan perkahwinan akan dipamerkan selama 21+1 hari dan upacara perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh siaran mengikut kekosongan tarikh di JPN.

Bukan warganegara yang memegang Pas Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan dari Jabatan Imigresen Malaysia (asal dan salinan).

Pemohon dari Negara Islam

Pemohon dari negara yang populasi majoriti penduduknya adalah Islam dikehendaki untuk mendapatkan surat pengesahan agama dari negara masing-masing.

Rakyat British

Akuan Berkanun untuk mengesahkan status perkahwinan boleh diterima untuk warga British. Sila layari laman web: https://www.gov.uk/marriages-civil-partnerships-abroad pada tab Berkahwin atau Mendaftar Perkongsian Sivil Di Luar Negara untuk maklumat lanjut.

Rakyat Vietnam

Pemohon warganegara Vietnam perlu mendapatkan pengesahan dari Kedutaan Vietnam di Malaysia bagi semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam.

Buka perkhidmatan dalam talian

Kebenaran Perkahwinan Dalam Negara Bagi Pihak Bukan Warganegara

Pasangan yang membuat permohonan perkahwinan di JPN selain Ibu Pejabat Putrajaya atau JPN Ibu Negeri perlu mendapatkan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan Dalam Negara. Permohonan surat tersebut boleh dibuat di pejabat seperti berikut

Warganegara & Bukan Warganegara:

JPN Ibu Pejabat Putrajaya & JPN Ibu Negeri

Bukan Warganegara & Bukan Warganegara:

JPN Ibu Pejabat Putrajaya sahaja

Dokumen yang diperlukan

Warganegara Malaysia

MyKad (asal dan salinan)

Sijil kelahiran terkini, jika tiada kad pengenalan diri (asal dan salinan)

Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.

Bukan Warganegara Malaysia

MyPR/ MyKAS (asal dan salinan)

Pasport yang sah laku dan visa yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia (asal dan salinan).

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari kerajaan negara pemohon (asal dan salinan)

Sijil Kelahiran (asal dan salinan).

Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.

Jika berkenaan:

Sijil Perceraian (asal dan Salinan)

Sijil Daftar Kematian (asal dan salinan)

Sijil Tukar Nama (asal dan salinan)

Pengesahan kerakyatan (asal dan salinan)

Permohonan menggunakan Daftar Kelahiran/ Daftar Pengangkatan

Daftar Kelahiran atau Daftar Pengangkatan boleh diterima bagi yang lahir di Malaysia sekiranya:-

Daftar Kelahiran Taraf Kewarganegaraan Belum Ditentukan dan pemohon tidak mempunyai pasport serta tidak pernah berhasrat untuk memohon menjadi mana-mana kewarganegaraan.

Daftar Pengangkatan Bukan Warganegara di mana kedua-dua ibu bapa angkat adalah warganegara Malaysia atau salah seorang ibu/bapa angkat adalah warganegara Malaysia dan pemohon tidak mempunyai pasport serta tidak pernah berhasrat untuk memohon menjadi mana-mana kewarganegaraan.

Dokumen Khas Untuk Pemohon Anggota Polis/ Tentera

Anggota Polis

Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (asal dan salinan) atau;

Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh pegawai atasan.

Anggota Tentera

Surat asal dan salinan Pengesahan Kebenaran Berkahwin dari tempat bertugas.

Dokumen yang tidak dibenarkan untuk permohonan perkahwinan

Tidak layak memohon untuk pasangan yang mempunyai status dokumen pengenalan diri seperti berikut:

Pas lawatan pekerja sementara

Visa suami/isteri kepada warganegara Malaysia bagi perkahwinan terdahulu.

Pemegang Special Pass tanpa tujuan perkahwinan.

Keperluan Terjemahan

Pasangan yang tidak boleh memahami Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyediakan perkhidmatan jurubahasa.

Semua sijil dan dokumen sokongan yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah yang bertauliah dan lengkap ditandatangani bersekali cop asal jawatan pegawai penterjemah.

Jika terjemahan dibuat di luar negara, perlu dapatkan pengesahan dari;

Kedutaan Negara Berkenaan di Malaysia atau Malawakil Malaysia di negara berkenaan

Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.

Kembali ke senarai perkhidmatan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai