Lesen dan Pengupacaraan Perkahwinan
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Lesen Perkahwinan bagi Hubungan Persaudaraan yang Dilarang
Di mana untuk membuat permohonan?
Sila rujuk pejabat JPN yang menerima permohonan perkahwinan anda
Borang
Borang Asal JPN.KC01A – Borang permohonan lesen perkahwinan bagi pihak-pihak mempunyai tali persaudaraan yang dilarang.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapatkan di semua pejabat JPN.
Fi
RM2.00 jika permohonan lulus.
Tempoh Sah laku
Satu (1) bulan dari tarikh kelulusan diberikan.
Penerangan Am
Perkahwinan bagi pihak yang mempunyai tali persaudaraan yang dilarang merujuk seksyen 11 Akta Membaharu Undang-undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164).
Permohonan ini tidak perlu bagi perkahwinan pasangan yang beragama Hindu antara anak saudara perempuan atau dengan adik lelaki atau bapa saudara sebelah ibu. Selain agama hindu perlu mendapatkan kebenaran khas bagi situasi ini.
Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri/ Menteri Besar/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Negeri.
Pemegang dokumen daftar kelahiran berstatus kewarganegaraan belum ditentukan atau daftar pengangkatan berstatus bukan warganegara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia tidak dibenarkan untuk memohon mendaftarkan perkahwinan dengan mana-mana lesen.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen pengenalan diri (mana-mana yang berkenaan):
MyKad/MyPR/MyKAS/ (asal dan salinan)
Pasport yang sah laku dan pas yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia bagi bukan warganegara (asal dan salinan)
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat asas permohonan pendaftaran perkahwinan sivil.
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Lesen Pengecualian daripada Notis Perkahwinan
Di mana untuk membuat permohonan?
Sila rujuk pejabat JPN yang menerima permohonan perkahwinan anda
Borang
Borang Asal JPN.KC01C – Borang Permohonan Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Notis Perkahwinan dan Perakuan Untuk Perkahwinan.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapatkan di semua pejabat JPN.
Fi
RM100 jika permohonan lulus.
Tempoh Sah laku
Satu (1) bulan dari tarikh kelulusan diberikan.
Penerangan Am
Permohonan dari pasangan yang ingin mengecualikan tempoh mempamerkan notis pemberitahuan perkahwinan atas sebab-sebab tertentu.
Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri/ Menteri Besar/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Negeri.
Pemegang dokumen daftar kelahiran berstatus kewarganegaraan belum ditentukan atau daftar pengangkatan berstatus bukan warganegara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia tidak dibenarkan untuk memohon mendaftarkan perkahwinan dengan mana-mana kebenaran khas.
Dokumen yang diperlukan
Warganegara Malaysia
MyKad (asal dan salinan)
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.
Bukan Warganegara Malaysia
MyPR/ MyKAS (asal dan salinan)
Pasport yang sah laku dan visa yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia (asal dan salinan).
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari kerajaan negara pemohon (asal dan salinan)
Sijil Kelahiran (asal dan salinan).
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon
Jika berkenaan:
Sijil Perceraian (asal dan Salinan)
Sijil Daftar Kematian (asal dan salinan)
Sijil Tukar Nama (asal dan salinan)
Pengesahan kerakyatan (asal dan salinan)
Dokumen Khas Untuk Pemohon Anggota Polis/ Tentera
Anggota Polis
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (asal dan salinan) atau;
Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh pegawai atasan.
Anggota Tentera
Surat asal dan salinan Pengesahan Kebenaran Berkahwin dari tempat bertugas.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat asas permohonan pendaftaran perkahwinan sivil.
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Lesen Perkahwinan bagi Perempuan Berumur 16 hingga Bawah 18 Tahun
Di mana untuk membuat permohonan?
Sila rujuk pejabat JPN yang menerima permohonan perkahwinan anda
Borang
Borang ASAL JPN.KC01D- Permohonan Lesen di bawah Subseksyen 21(2)
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapatkan di semua pejabat JPN.
Fi
RM10.00 bayaran semasa permohonan.
Tempoh Sah laku
Satu (1) bulan dari tarikh kelulusan diberikan.
Penerangan Am
Permohonan ini adalah kebenaran perkahwinan bagi seseorang perempuan yang berumur genap 16 tahun tetapi belum mencapai 18 tahun
Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri/ Menteri Besar/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Negeri
Pemegang dokumen daftar kelahiran berstatus kewarganegaraan belum ditentukan atau daftar pengangkatan berstatus bukan warganegara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia tidak dibenarkan untuk memohon mendaftarkan perkahwinan dengan mana-mana kebenaran khas.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat asas permohonan pendaftaran perkahwinan sivil.
Pemohon adalah ibu atau bapa/penjaga bagi seorang perempuan di bawah kategori umur genap 16 tahun dan belum mencapai 18 tahun.
Borang dan akuan bertulis hendaklah diisi dan ditandatangani dihadapan pendaftar perkahwinan.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen pengenalan diri (mana-mana yang berkenaan):
MyKad/MyPR/MyKAS/ (asal dan salinan)
Pasport yang sah laku dan pass yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia bagi bukan warganegara (asal dan salinan)
Akuan sumpah kebenaran berkahwin oleh Ibu/ Bapa/ Ibu angkat/ Bapa angkat/ Penjaga.
Dokumen pengenalan diri bagi orang yang memberi persetujuan (asal dan salinan)
Laporan kesihatan ibu mengandung (jika berkaitan)
Dokumen sumber kewangan pasangan lelaki dan perempuan:
Jika bekerja dengan majikan – Slip pendapatan/ penyata kewangan/ penyata bank/ Penyata simpanan
Jika bekerja sendiri – Pengesahan Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Kaum / Penggawa / Tuai.
Tidak bekerja – Akuan sumpah yang menerangkan sumber pendapatan.
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Pengupacaraan Perkahwinan di Luar Pejabat Pendaftar
Di mana untuk membuat permohonan?
Sila rujuk pejabat JPN yang menerima permohonan perkahwinan anda
Borang
Borang ASAL JPN.KC01E – Borang permohonan lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada pejabat pendaftar yang telah lengkap diisi.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapatkan di semua pejabat JPN.
Fi
RM500.00 jika permohonan lulus.
Tempoh Sah laku
Satu (1) bulan dari tarikh kelulusan diberikan
Penerangan Am
Kebenaran khas untuk Perkahwinan yang diupacarakan di suatu tempat selain dari pejabat JPN.
Tempat pendaftaran yang dibenarkan untuk pengupacaraan perkahwinan mestilah tempat yang bersesuaian dan selamat untuk pengupacaraan
Waktu pengupacaraan perkahwinan tertakluk kepada jadual pendaftar yang bertugas. Pendaftar akan mengupacarakan perkahwinan dalam tempoh 2 jam sahaja bagi satu-satu pengupacaraan.
Kelulusan permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Menteri/ Menteri Besar/Pengarah Bahagian/ Pengarah Negeri.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat asas permohonan pendaftaran perkahwinan sivil.
Permohonan perkahwinan di bawah lesen ini hanya boleh diterima di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Ibu Negeri sahaja bergantung kepada tempat pengupacaraan yang dipilih.
Pasangan perlu hadir bersama dengan semua borang serta akuan bertulis hendaklah diisi dan ditandatangani di hadapan Pendaftar Perkahwinan.
Pertimbangan kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kapasiti pegawai dan tujuan pengupacaraan yang dijalankan diluar pejabat.
Dokumen yang diperlukan
Warganegara Malaysia
MyKad (asal dan salinan)
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.
Bukan Warganegara Malaysia
MyPR/ MyKAS (asal dan salinan)
Pasport yang sah laku dan visa yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia (asal dan salinan).
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari kerajaan negara pemohon (asal dan salinan)
Sijil Kelahiran (asal dan salinan).
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.
Jika berkenaan:
Sijil Perceraian (asal dan Salinan)
Sijil Daftar Kematian (asal dan salinan)
Sijil Tukar Nama (asal dan salinan)
Pengesahan kerakyatan (asal dan salinan)
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan tambahan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.