Perkahwinan di Pejabat Penolong Pendaftar Perkahwinan
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Perkahwinan di Pejabat Penolong Pendaftar Perkahwinan
Borang
JPN.KC01F – Borang Permohonan Pengupacaraan Perkahwinan Mengikut Istiadat Agama Adat Atau Kelaziman.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN
Fi
RM20.00
Tempoh Sah Laku
6 bulan dari tarikh permohonan diterima.
Penerangan Am
Penolong Pendaftar Perkahwinan perlu dilantik secara sah oleh Pendaftar Besar Perkahwinan
Salah seorang daripada pasangan hendaklah menganuti agama, adat dan kelaziman yang diamalkan oleh Rumah Ibadat/ Persatuan tersebut.
Senarai premis dan Penolong Pendaftar Perkahwinan yang telah dilantik boleh disemak melalui pautan berikut: https://semakanppp.jpn.gov.my/carianppp/index.php
Syarat Permohonan
Hanya pasangan Warganegara Malaysia boleh memohon perkahwinan sivil di Pejabat Penolong Pendaftar Perkahwinan.
Pasangan perlu hadir ke JPN untuk membuat semakan serta pengesahan maklumat taraf perkahwinan.
Pasangan perlu membuat Akuan Berkanun pada Borang JPN.KC01F sebelum mengemukakan permohonan diterima di kaunter JPN.
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Dokumen yang diperlukan
MyKad (Asal)
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.
Jika berkenaan:
Sijil Perceraian (asal dan Salinan)
Sijil Daftar Kematian (asal dan Salinan)
Dokumen Khas Untuk Pemohon Anggota Polis/ Tentera
Anggota Polis
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (asal dan salinan) atau;
Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh pegawai atasan.
Anggota Tentera
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin dari tempat bertugas (asal dan salinan).
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.