Pendaftaran Perkahwinan Mengikut Undang-undang, Agama, Adat atau Kelaziman Sebelum 1 Mac 1982
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Pendaftaran Perkahwinan Mengikut Undang-undang, Agama, Adat atau Kelaziman Sebelum 1 Mac 1982
Borang
JPN.KC06 – Borang Pendaftaran Semula Perkahwinan
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN
Fi
RM20.00
Penerangan Am
Perkahwinan bagi bukan Islam yang diupacarakan di bawah undang-undang/ agama/ adat/ kelaziman sebelum 01 Mac 1982 dan ingin mendaftarkan semula perkahwinan secara sukarela.
Dokumen yang diperlukan
MyKad (asal dan salinan)
Paspot yang sah laku dan paspot yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia dan Luar Negara (asal dan salinan)
Dokumen pengenalan diri semasa perkahwinan berlaku (asal dan salinan),jika berkaitan
Gambar berukuran paspot latar belakang biru atau putih satu (1) keeping bagi setiap pemohon
Jika berkenaan:
Pengesahan rekod pergerakan keluar masuk Negara daripada Jabatan Imigresen Malaysia
Surat pengesahan nama (asal dan salinan)
Pembuktian kahwin seperti:
Sijil Perkahwinan (asal dan salinan)
Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman lengkap bertarikh (asal dan salinan)
Kad Jemputan Perkahwinan lengkap bertarikh (asal dan salinan)
Sijil Kelahiran anak (asal dan salinan)
Apa-apa bukti tentang perkahwinan
Keperluan Terjemahan
Semua sijil dan dokumen sokongan yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan.
Terjemahan bertauliah perlu dilakukan di Malaysia dengan lengkap ditandatangani bersama cop asal penterjemah.
Syarat Permohonan
Pihak lelaki dan perempuan perlu hadir bersama ke JPN untuk membuat permohonan.
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.