Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Perkahwinan Pendaftaran Perkahwinan Sivil di Luar Malaysia pada atau Selepas 1 Mac 1982

Pendaftaran Perkahwinan Sivil di Luar Malaysia pada atau Selepas 1 Mac 1982

Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.

9

Maklumat permohonan

Pendaftaran Perkahwinan Sivil di Luar Malaysia pada atau Selepas 1 Mac 1982

Borang

JPN.KC06 – Borang Pendaftaran Semula Perkahwinan

Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN

Fi

RM20.00

Penerangan Am

Pasangan warganegara Malaysia yang telah mendaftarkan perkahwinan mengikut undang-undang negara asing wajib mendaftarkan semula perkahwinan mengikut Akta 164.

Dokumen yang diperlukan

MyKad (asal & salinan)

Pasport yang sah laku dengan maklumat tarikh ketibaan di Malaysia dan Luar Negara (asal dan salinan)

Sijil Perkahwinan (asal dan salinan)

Sijil Kelahiran (asal dan salinan)

Gambar berukuran paspot latar belakang biru atau putih satu (1) keeping bagi setiap pemohon

Jika berkenaan:

Pengesahan rekod pergerakan keluar masuk Negara daripada Jabatan Imigresen Malaysia

Sijil perceraian (asal dan salinan)

Sijil kematian (asal dan salinan)

Surat pengesahan nama (asal dan salinan)

Surat pengesahan agama bagi pemohon yang mempunyai ciri-ciri orang Islam (asal)

PENTING Pengesahan Dari Pejabat Kedutaan

Sijil Perkahwinan dari Negara Filipina/ India/ Indonesia/ Kemboja/ Laos/ Nigeria/ Thailand/ Sri Lanka/ Vietnam/ Myanmar

Sijil perkahwinan dari negara yang dinyatakan perlu disahkan di pejabat Kedutaan negara berkenaan di Malaysia.

Pengesahan pejabat kedutaan negara berkenaan kemudiannya perlu disahkan semula oleh Kementerian Luar Negara (KLN) di Wisma Putra di Putrajaya/ Kuching/ Kota Kinabalu.

Keperluan Terjemahan

Semua sijil dan dokumen sokongan yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah yang bertauliah dan lengkap ditandatangani bersekali cop asal jawatan pegawai penterjemah.

Jika terjemahan dibuat di luar negara, perlu dapatkan pengesahan dari;

Kedutaan Negara Berkenaan di Malaysia atau Malawakil Malaysia di negara berkenaan

Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).

Terjemahan dibuat di Malaysia oleh penterjemah bertauliah tidak memerlukan pengesahan seperti di atas.

Syarat Permohonan

Pendaftaran semula perkahwinan luar negara adalah wajib untuk semua perkahwinan yang melibatkan pihak warganegara Malaysia

Pasangan boleh hadir ke JPN atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh perkahwinan di luar negara untuk membuat permohonan ini.

Penalti

Bayaran penalti permohonan yang melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan diluar negara:

RM100.00 bagi tahun pertama.

RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.

Kembali ke senarai perkhidmatan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai