Pengemaskinian Rekod Perceraian atau Pembatalan Perkahwinan
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Pengemaskinian Rekod Perceraian atau Pembatalan Perkahwinan
Borang
Permohonan tanpa borang
Fi
Percuma
Tempoh Sah Laku
Tiada
Penerangan Am
Kemaskini status perkahwinan individu dalam rekod JPN setelah memperolehi keputusan perceraian/ pembatalan perkahwinan melalui Dekri Nisi Mutlak / Perintah Deklarasi (Perceraian Luar Negara) yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
Semakan dalam talian pengemaskinian rekod perceraian boleh juga disemak melalui pautan https://semakceraisivil.jpn.gov.my
Syarat Permohonan
Pengemaskinian rekod perkahwinan perceraian / pembatalan yang mempunyai e-filing boleh dikemaskini di Ibu Pejabat Putrajaya / JPN Ibu Pejabat Negeri sahaja.
Pengemaskinian Dekri Nisi Mutlak tanpa e-filing hanya boleh di kemaskini di Ibu Pejabat Putrajaya sahaja. Hanya Dekri Nisi Mutlak asal sahaja akan diterima dan diproses di JPN.
Jika Dekri Nisi Mutlak tanpa e-filing adalah salinan pendua (fotokopi), sila dapatkan pengesahan oleh Mahkamah yang mengeluarkan Dekri Nisi Mutlak tersebut.
Perceraian di luar negara perlu mendapatkan Perintah Deklarasi dari Mahkamah Tinggi Malaysia terlebih dahulu.
Dokumen yang diperlukan
MyKad / Dokumen pengenalan diri yang rasmi (asal)
Pasport dan visa yang sah laku (asal dan salinan)
Dikri Nisi Mutlak perceraian / pembatalan perkahwinan / Perintah Mahkamah Tinggi Malaysia terdapat dalam sistem e-filing (asal)
Jika berkenaan:
Sijil Perceraian luar Negara (asal dan salinan)
Salinan Daftar Perkahwinan (asal dan salinan)
Surat wakil kuasa jika mewakilkan peguam yang dilantik oleh pempetisyen atau responden (asal)
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen
Permohonan Gantian Surat Pengemaskinian Rekod Perceraian
Surat Pengemaskinian Rekod Perkahwinan (JPN.KC32) :
Boleh dimohon di mana-mana pejabat JPN
Bayaran: RM5
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.