Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama › Perkhidmatan › Perkahwinan › Carian dan Cabutan Daftar Perkahwinan

Carian dan Cabutan Daftar Perkahwinan

Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.

12

Maklumat permohonan

Cabutan Daftar Perkahwinan

Borang

Permohonan tanpa borang

Fi

RM50

Tempoh Sah Laku

Tiada

Penerangan Am

Cabutan daftar perkahwinan adalah pengeluaran salinan daftar perkahwinan yang telah didaftarkan di JPN.

Permohonan boleh dibuat di semua pejabat JPN.

Dokumen yang diperlukan

Permohonan oleh pemilik rekod

MyKad (Asal)

Permohonan melalui wakil keluarga

MyKad waris (Asal dan salinan)

Dokumen pengenalan diri pemilik dokumen (Salinan)

Surat asal wakil kuasa kepada waris (Asal)

Permohonan melalui peguam

Surat litup dari firma guaman kepada JPN dengan cop lesen guaman (Asal)

Dokumen pengenalan diri pemohon (Salinan)

Pengenalan diri peguam dan wakil peguam (Salinan)

Surat lantikan daripada anak guam kepada firma guaman (Asal)

Surat lantikan daripada firma guaman kepada wakil firma sekiranya mewakili peguam (Asal)

Keperluan Terjemahan

Semua sijil dan dokumen sokongan yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan.

Terjemahan bertauliah perlu dilakukan di Malaysia dengan lengkap ditandatangani bersama cop asal penterjemah.

Syarat Permohonan

Daftar yang telah dikemaskini dalam sistem JPN boleh dikeluarkan pada hari yang sama

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

13

Maklumat permohonan

Carian Daftar Perkahwinan

Borang

JPN.KC09 – Borang Carian Daftar Perkahwinan

Fi

RM5 bagi setiap tahun carian yang dimohon

Tempoh Sah Laku

Tiada

Penerangan Am

Carian daftar perkahwinan adalah proses carian rekod bagi daftar perkahwinan yang telah didaftarkan di JPN mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

Permohonan boleh dibuat di JPN Putrajaya dan JPN Ibu Negeri sahaja.

Dokumen yang diperlukan

Permohonan oleh pemilik rekod

MyKad (Asal)

Permohonan melalui wakil keluarga

MyKad waris (anak/ibu/bapa/adik beradik seibu sebapa/ibu bapa dan adik beradik angkat yang berdaftar secara sah) (Asal dan salinan)

Dokumen pengenalan diri pemilik dokumen (Salinan)

Surat asal wakil kuasa kepada waris (Asal)

Permohonan melalui peguam

Surat litup dari firma guaman kepada JPN dengan cop lesen guaman (Asal)

Dokumen pengenalan diri pemohon (Salinan)

Pengenalan diri peguam dan wakil peguam (Salinan)

Surat lantikan daripada anak guam kepada firma guaman (Asal)

Surat lantikan daripada firma guaman kepada wakil firma sekiranya mewakili peguam (Asal)

Syarat Permohonan

Maklumat perkahwinan seperti:

Tarikh perkahwinan

Tempat perkahwinan didaftarkan / diupacarakan

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.

Kembali ke senarai perkhidmatan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai