Kaveat atau Bantahan Perkahwinan
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Kaveat atau Bantahan Perkahwinan
Borang
JPN.KC04 – Borang Kaveat Perkahwinan.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN
Fi
RM20.00
Penerangan Am
Permohonan bantahan ke atas sesuatu permohonan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara sebelum perakuan perkahwinan dikeluarkan.
Dokumen yang diperlukan
MyKad (Asal).
Pasport (Asal)
Dokumen sokongan yang berkenaan bagi menyokong permohonan kaveat.
Syarat Permohonan
Pemohonan kaveat wajib dikemukakan di kaunter JPN atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri mengikut tempat permohonan perkahwinan sedang di pamerkan.
Kaveat hanya boleh dibuat sekiranya terdapat permohonan perkahwinan diterima dan sebelum perakuan untuk perkahwinan dikeluarkan oleh pendaftar perkahwinan.
Kaveat tidak boleh dikemukakan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh dan alasan yang munasabah selaras dengan peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 39 Akta 164 iaitu penjara tiga (3) tahun dan denda tidak melebihi RM3000.
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.