Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama › Perkhidmatan › Perkahwinan › Pembetulan Kesilapan dalam Daftar Perkahwinan

Pembetulan Kesilapan dalam Daftar Perkahwinan

Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.

14

Maklumat permohonan

Pembetulan Kesilapan dalam Daftar Perkahwinan

Borang

JPN.KC08 – Borang Pembetulan Kesilapan

Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN.

Fi

Permohonan – RM 2.00

Kelulusan – RM 6.00

Penerangan Am

Permohonan ini adalah untuk membetulkan apa-apa kesilapan dalam daftar perkahwinan.

Pembetulan kesilapan di dalam sijil perkahwinan terbahagi kepada:

Permohonan pembetulan kesilapan perkeranian

Permohonan pembetulan kesilapan fakta

Dokumen yang diperlukan

MyKad (Asal)

Pasport (Asal)

Daftar atau Cabutan Daftar Perkahwinan (Asal)

Dokumen sokongan bagi pembetulan maklumat

Syarat Permohonan

Hanya pemilik daftar perkahwinan sahaja yang layak memohon.

Waris terdekat sekiranya pemilik daftar perkahwinan telah meninggal dunia.

Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN yang berhampiran.

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.

Kembali ke senarai perkhidmatan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai