Prosiding Tribunal Perkahwinan Sivil
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Prosiding Tribunal Perkahwinan Sivil
Borang
JPN.KC14 – Borang Permohonan Kepada Tribunal Perkahwinan/ Badan Pendamai
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN.
Fi
Permohonan
RM 2.00
Perakuan
RM20.00 – JPN.KC29: Perakuan tribunal bagi pasangan tidak dapat didamaikan.
Percuma – JPN.KC28: Perakuan bagi pasangan yang didamaikan/ permohonan batal.
Tempoh Sah Laku
5 tahun bagi setiap perakuan yang dikeluarkan.
Penerangan Am
Tribunal Perkahwinan merupakan rujukan kesulitan dalam hal ehwal perkahwinan sivil. Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Permohonan Tribunal tidak perlu dikemukakan sekiranya:
Salah seorang dari pasangan telah memeluk agama Islam; atau
Kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai dengan persetujuan bersama.
Syarat Permohonan
Permohonan Tribunal boleh dikemukakan sekiranya:
Salah seorang daripada pasangan tidak bersetuju untuk bercerai;
Jika perkahwinan kurang dari 2 tahun, permohonan tribunal boleh diproses tetapi hanya akan dikeluarkan Pembatalan Tribunal (JPN.KC28); dan
Pasangan diberi pilihan untuk merujuk permohonan tribunal di mana-mana pejabat JPN atas persetujuan bersama dan perlu hadir bersama di kaunter dengan membawa surat persetujuan semasa membuat permohonan. Jika tiada persetujuan bersama permohonan tribunal perlu dimohon di pejabat JPN mengikut daerah alamat terakhir pasangan tinggal bersama.
Pihak Peguam/ wakil tidak boleh hadir atau bertindak bagi pihak anakguam dalam sesuatu prosiding tribunal perkahwinan.
Dokumen yang diperlukan
MyKad (asal)
Pasport dan visa yang sah laku (asal dan salinan)
Sijil kahwin (asal dan salinan)
Jika berkenaan:
Sijil kelahiran anak (asal dan salinan)
Dokumen pembuktian untuk proses tribunal seperti laporan polis atau laporan kesihatan.
Permohonan Gantian Surat Perakuan Tribunal JPN.KC29 dan JPN.KC28
Pendua perakuan JPN.KC29 boleh dibuat di semua pejabat JPN.
Bayaran: RM4
Pendua perakuan JPN.KC28 hanya boleh dibuat di pejabat yang mengeluarkan perakuan tersebut. Dokumen ini hanya boleh diberikan kepada pemohon sahaja
Bayaran: Tiada Bayaran
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.