Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama › Perkhidmatan › Perkahwinan › Pelantikan sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Pelantikan sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.

17

Maklumat permohonan

Pelantikan sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan

Borang

JPN.KC16 – Borang Permohonan Pelantikan Penolong Pendaftar Perkahwinan

Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapati di semua pejabat JPN

Fi

Tiada Bayaran

Tempoh Sah Laku

Pelantikan sah maksimum tiga (3) tahun

Penerangan Am

Penolong Pendaftar Perkahwinan hanya boleh dimohon oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat/ Persatuan secara sukarela.

Syarat Permohonan

Permohonan adalah secara sukarela

Calon hendaklah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat/ Persatuan dan disokong oleh Jawatankuasa Tertinggi.

Persatuan perlu berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berumur 21 tahun dan tidak melebihi umur 70 tahun.

Kelayakan akademik minimum MCE/SPM/SPVM/SAP dan lulus Bahasa Malaysia.

Bukan seorang Pesuruhjaya Sumpah.

Dokumen yang diperlukan

MyKad (asal dan salinan)

Empat (4) keping gambar pasport berlatar belakang biru atau putih

Sijil Akademik minimum MCE/SPM/SPVM/SAP dan lulus Bahasa Malaysia (asal dan salinan)

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Persatuan (asal dan salinan)

Perlembagaan Persatuan (asal dan salinan)

Senarai Ahli Jawatankuasa Rumah Ibadat/ Persatuan beserta tahun pelantikan & sepanjang tempoh pelantikan (asal dan salinan)

Penyata kewangan tahunan bagi tiga (3) tahun terkini Persatuan (tertakluk kepada permohonan baru sahaja)

Dokumen pindaan nama, alamat dan perlembagaan bagi persatuan yang dikeluarkan oleh ROS atau SSM (asal dan salinan), jika berkenaan

Sijil lantikan yang terdahulu sekiranya permohonan lanjutan

(asal dan salinan).

Lulus ujian penolong pendaftar sekiranya permohonan lanjutan

Lulus tapisan keselamatan.

Gambar premis Rumah Ibadat/ Persatuan yang berwarna perlu dilekatkan pada kertas bersaiz A4 dengan label kawasan seperti berikut:

Bahagian hadapan premis

Tempat pendaftaran dijalankan

Tempat upacara perkahwinan

Bilik simpanan dokumen yang mempunyai ciri keselamatan

Peti besi keselamatan atau kabinet besi berkunci dan berpalang untuk simpanan sijil.

Tempat sijil perlantikan dipamerkan

Peralatan percetakan

Penafian

Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.

Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.

Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.

Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.

Kembali ke senarai perkhidmatan

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai