Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan untuk Kegunaan Luar Negara
Borang
Permohonan tanpa borang
Akuan Berkanun AM80
Fi
RM 5.00
Tempoh Sah Laku
6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan
Penerangan Am
Permohonan untuk mendapatkan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan Sivil bagi kegunaan warganegara Malaysia di luar negara untuk perkahwinan atau lain-lain tujuan. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan ini hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam sahaja.
Tempoh sah laku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah enam (6) bulan dari tarikh surat dikeluarkan.
Permohonan boleh dikemukakan di semua pejabat JPN dan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Dokumen yang diperlukan
PERMOHONAN DI JPN
Permohonan oleh pemilik rekod
MyKad (Asal)
Pasport pasangan (Salinan)
Akuan Berkanun AM80
Permohonan melalui wakil keluarga
MyKad waris (Asal)
MyKad pemilik rekod (Salinan)
Pasport pasangan untuk tujuan perkahwinan (Salinan)
Akuan sumpah AM80 (Asal)
Surat wakil kuasa kepada waris (Asal)
Permohonan melalui peguam
Surat litup dari firma guaman kepada JPN dengan cop lesen guaman (Asal)
Dokumen pengenalan diri pemohon dan pasangan (Salinan)
Dokumen pengenalan diri peguam dan wakil peguam (Salinan)
Surat lantikan daripada anak guam kepada firma guaman (Asal)
Surat lantikan daripada firma guaman kepada wakil firma sekiranya mewakili peguam (Asal)
PERMOHONAN DI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
Permohonan oleh pemilik rekod di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
MyKad
Pasport pasangan (Salinan)
Akuan Berkanun AM80
Bayaran Fi boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia
Permohonan oleh pemilik rekod melalui perkhidmatan pos
MyKad
Pasport pasangan (Salinan)
Akuan Berkanun AM80
Bayaran Fi boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia
Semua dokumen perlu disahkan di pejabat perwakilan Malaysia sebelum dokumen diposkan.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mengemukakan akuan berkanun menyatakan status terkini individu dan tujuan permohonan.
Dokumen Khas Untuk Pemohon Anggota Polis/ Tentera
Anggota Polis
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (asal dan salinan) atau;
Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh pegawai atasan.
Anggota Tentera
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin dari tempat bertugas (Asal dan Salinan)
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan untuk Kegunaan Dalam Negara
Borang
Permohonan tanpa borang
Akuan berkanun AM80
Fi
Tiada bayaran
Tempoh Sah Laku
6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan
Penerangan Am
Permohonan Sijil Taraf Perkahwinan bagi kegunaan dalam negara hanya boleh dikemukakan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Ibu Negeri.
Surat pengesahan ini dikeluarkan kepada:
i. Warganegara asing atau kedua-dua individu bukan warganegara yang berhasrat untuk berkahwin di Malaysia; atau
ii. Individu yang didaftarkan dalam Daftar Kelahiran Malaysia dengan taraf kewarganegaraan belum ditentukan, bukan pemegang pasport dan tidak pernah berhasrat untuk memohon kewarganegaraan negara lain bagi tujuan perkahwinan; dan
iii. Individu yang didaftarkan dalam Daftar Pengangkatan Malaysia dengan taraf bukan warganegara, bukan pemegang pasport dan tidak pernah berhasrat untuk memohon kewarganegaraan negara lain bagi tujuan perkahwinan. Sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa angkat hendaklah merupakan warganegara Malaysia.
Permohonan boleh dikemukakan di:
Warganegara & Bukan Warganegara:
JPN Ibu Pejabat Putrajaya & JPN Ibu Negeri
Bukan Warganegara & Bukan Warganegara:
JPN Ibu Pejabat Putrajaya sahaja
Dokumen yang diperlukan
Dokumen pengenalan diri yang sah
Bukan warganegara – Pasport yang sah laku dengan maklumat tarikh ketibaan di Malaysia (asal dan salinan)
Surat akuan bujang bagi bukan warganegara
Jika berkenaan:
Pengesahan agama (asal dan salinan)
Sijil perceraian (asal dan salinan)
Sijil kematian (asal dan salinan)
Surat pengesahan nama jika berbeza (asal dan salinan)
Surat pengesahan jantina (asal dan salinan)
Rakyat Vietnam
Pengesahan dari Kedutaan Vietnam di Malaysia bagi semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam.
Rakyat Britain
Pengesahan bujang dari United Kingdom perlu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
Atau
Akuan Berkanun AM 80 untuk mengesahkan status perkahwinan boleh diterima untuk warga British. Sila lawati Berkahwin atau mendaftar perkongsian sivil di luar negara – https://www.gov.uk/marriages-civil-partnerships-abroad
Keperluan Terjemahan
Semua sijil dan dokumen sokongan yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan oleh penterjemah yang bertauliah dan lengkap ditandatangani bersekali cop asal jawatan pegawai penterjemah.
Jika terjemahan dibuat di luar negara, perlu dapatkan pengesahan dari;
Kedutaan Negara Berkenaan di Malaysia atau Malawakil Malaysia di negara berkenaan
Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).
Syarat Permohonan
Pihak lelaki dan perempuan perlu hadir bersama ke JPN untuk membuat permohonan.
Permohonan yang melibatkan lesen perlu mendapatkan kelulusan lesen terlebih dahulu. Sila rujuk proses permohonan lesen.
Akuan Berkanun AM80 perlu dilengkapkan bagi kategori pemohon berikut: Pemohon mempunyai anak di luar perkahwinan yang sah
Pasangan di luar perkahwinan yang sah
Pemohon melebihi umur 40 tahun
Dokumen Khas Untuk Pemohon Anggota Polis/ Tentera
Anggota Polis
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin (asal dan salinan) atau;
Lampiran A (HRMIS) lengkap ditandatangani oleh pegawai atasan.
Anggota Tentera
Surat Pengesahan Kebenaran Berkahwin dari tempat bertugas (asal dan salinan)
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.