Persetujuan Perkahwinan bagi Individu Berumur 18 hingga Bawah 21 Tahun
Semak tempat permohonan, syarat, dokumen, borang, fi dan tempoh sah laku sebelum hadir ke pejabat JPN.
Persetujuan Perkahwinan bagi Individu Berumur 18 hingga Bawah 21 Tahun
Di mana untuk membuat permohonan?
Sila rujuk pejabat JPN yang menerima permohonan perkahwinan anda.
Borang
Borang ASAL JPN.KC01B – Borang Persetujuan Perkahwinan.
Hanya borang asal yang diterima. Borang boleh didapatkan di semua pejabat JPN.
Fi
Tiada bayaran dikenakan.
Tempoh Sah laku
Enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberikan.
Penerangan Am
Perkahwinan bagi seseorang yang genap 18 tahun tetapi belum mencapai 21 tahun.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat asas permohonan pendaftaran perkahwinan sivil.
Permohonan perlu mendapat persetujuan bertulis dari salah satu pihak dibawah:
Bapa atau ibunya; atau
Ibunya jika seseorang itu adalah tidak sah taraf; atau
Ibu atau bapa angkat jika seseorang itu adalah anak angkat; atau
Penjaga bagi seseorang sekiranya kedua-dua ibu bapanya samada ibu bapa kandung atau angkat telah mati sebelum sampai umur 21 tahun; atau
Selain dari situasi di atas perlu kebenaran dari Mahkamah Tinggi Malaysia
Pemohon dan pihak yang memberi persetujuan perlu hadir di hadapan pendaftar perkahwinan
atau perwakilan Malaysia jika berada diluar Negara.
Dokumen yang diperlukan
Warganegara Malaysia
MyKad/ MyPR/ MyKAS (asal dan salinan)
Sijil kelahiran jika belum genap 21 tahun
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon.
Bukan Warganegara Malaysia
Pasport yang sah laku dan visa yang mengandungi maklumat tarikh ketibaan di Malaysia (asal dan salinan).
Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari kerajaan negara pemohon (asal dan salinan)
Sijil Kelahiran (asal dan salinan).
Satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih bagi setiap pemohon
Pihak yang memberi persetujuan
MyKad/MyPR/MyKAS (asal dan salinan)
Pasport / Dokumen pengenalan diri yang sah laku (asal dan Salinan)
Jika berkenaan:
Sijil Perceraian (asal dan Salinan)
Sijil Daftar Kematian (asal dan salinan)
Sijil Tukar Nama (asal dan salinan)
Pengesahan kerakyatan (asal dan salinan)
Penafian
Permohonan yang lengkap dan teratur sahaja yang akan diterima dan diproses.
Pemohon perlu mengemukakan apa-apa dokumen sokongan yang diminta oleh pegawai JPN sehingga pegawai berpuas hati dengan semua dokumen.
Maklumat ini bertujuan untuk panduan asas sahaja, dokumen yang berkaitan akan diminta mengikut situasi permohonan yang dikemukakan.
Maklumat dikemas kini berdasarkan jadual perkhidmatan JPN bertarikh September 2026.