Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Warganegara Permohonan Pindaan Butiran Dalam Dokumen Kewarganegaraan

Permohonan Pindaan Butiran Dalam Dokumen Kewarganegaraan

Bagi mereka yang berkehendakkan pembetulan butir-butir oleh kerana kesilapan, orang yang berkenaan dengan sijil itu, boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya/JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

  1. Kad pengenalan atau ambil maklumat pemohon tertentu pada kad pengenalan
  2. Sijil Kewarganegaraan / Status Pengesahan Sijil Kewarganegaraan / Borang W / Borang K (Asal)
  3. Dokumen yang disokong sebagai bukti pindaan
  4. Tiga (3) Gambar pemohon berukuran pasport dengan latar belakang biru
  5. Surat Beranak atau cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
  6. Dokumen perkahwinan (jika ada)
  7. Hanya salinan dokumen yang perlu dihantar untuk permohonan yang dibuat melalui pos
  8. Pemohon hendaklah:
    – Pemilik dokumen atau;
    – Ibu bapa pemilik dokumen atau;
    – Pasangan pemilik dokumen atau;
    – Anak pemilik dokumen atau;
    – Keluarga sebelah (datuk / nenek sahaja)

     Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan
  2. RM10.00 bayaran pengeluaran dokumen

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. 

Permohonan Pembetulan Butir-Butir Dalam Dokumen Kewarganegaraan BORANG P (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai