Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama Perkhidmatan Warganegara Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan –  Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara)

Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan –  Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negara)

Permohonan untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan seseorang  yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu atau bapa.

  1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
  2. Pemohon adalah:
    – Bapa atau Ibu ;
    – Penjaga atau saudara mara terdekat.
    – Orang yang hendak didaftarkan sendiri.
  3. Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

  1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)
    • 1.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
    • 1.2 Kad Pengenalan (jika ada)
    • 1.3 Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • 1.4 Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
    • 1.5 Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
  2. DOKUMEN IBU dan BAPA (ASAL DAN SALINAN)
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
    • Kad Pengenalan (jika ada)
    • Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Sijil Warganegara (jika ada)
    • Dokumen Perkahwinan (jika perkahwinan berlaku di luar negara bagi pasangan islam, kemukakan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam)Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru.
  3. DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
    • Kad Pengenalan (jika ada)
      Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. 

  1. RM2.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM10.00 bayaran pengeluaran Sijil Pengesahan Taraf (jika diluluskan).

  1. Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
  2. Bagi anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan, taraf anak tersebut adalah mengikut taraf ibu sepertimana yang dinyatakan pada Seksyen 17, Bahagian III Jadual kedua Perlembagaan Persekutuan.

Borang Permohonan Pengesahan Taraf Borang E (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai