Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan – Isteri Kepada Warganegara
Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara.
- Bahawa perkahwinannya masih berterusan.
- Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap.
- Bahawa ia berkelakuan baik.
- Bahawa perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang -undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan.
- Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
- Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan.
- DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak angkat (jika ada)
- Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang bertulis di Malaysia
- Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
- DOKUMEN SUAMI (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
- Sijil Warganegara (jika ada)
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
- DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (SALINAN)
- Kad pengenalan (jika ada)
- Kad pengenalan (jika ada)
- DOKUMEN ANAK ANAK (SALINAN)
- Sijil Kelahiran (jika ada)
- Kad Pengenalan (jika ada)
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
- RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
- RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).
Borang Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) dan; 16 Perlembagaan Persekutuan BORANG A (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.