Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan – Berumur 21 Tahun Atau Lebih
Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia dengan cara masukan.
- Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
- Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
- Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu pada tarikh permohonan dikemukakan.
- Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
- Pemohon berkelakuan baik.
- Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
- Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara berumur 21 tahun ke atas, tiada talian persaudaraan, bukan orang yang diupah atau peguambela atau peguamcara dengan pemohon.
- Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri /Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.
- DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
- Kad pengenalan.
- Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan.
- Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (jika ada).
- Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
- DOKUMEN PENYOKONG (SALINAN)
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
- Sijil warganegara (jika ada).
- DOKUMEN SUAMI, ISTERI & ANAK- ANAK (SALINAN)
- Kad Pengenalan (jika ada).
- Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru (jika ada).
- Sijil Warganegara (jika ada)Kad Pengenalan
- DOKUMEN IBU BAPA DAN ADIK BERADIK (SALINAN)
- Kad Pengenalan (jika ada)
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
- Kad Pengenalan (jika ada)
- RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
- RM200.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).
- RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara bagi yang tidak berada di Persekutuan pada Hari Merdeka, 31 Ogos 1957 (jika diluluskan).
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Permohonan Warganegara Bawah Perkara 19(1)(A)(i) Perlembagaan Persekutuan BORANG C (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.