Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Portal Rasmi JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Kementerian Dalam Negeri
Laman Utama › Informasi › MyKad › Command Set MyKad

Command Set MyKad

Command Set MyKad adalah set arahan pengaturcaraan untuk tujuan membaca dan menulis data ke dalam cip kad pintar kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara seperti MyKad, MyTentera, MyKid dan MyPR. Antara maklumat dalam cip yang boleh dicapai adalah No Kad Pengenalan, Nama, Alamat, Gambar dan Cap Jari.

Kriteria Permohonan

Syarat Kelayakan Pemohon Command Set JPN

1

Entiti Pemohon

Pemohon terdiri daripada sebuah syarikat, perniagaan tunggal (sole-proprietorship), badan kerajaan, atau badan swasta yang diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia.

2

Penglibatan Teknikal & Keperluan Sistem

Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam salah satu aktiviti berikut:

  • Penghasilan atau pembekalan alat pembaca kad (card reader);
  • Pembangunan perisian atau aplikasi bagi alat pembaca kad; atau
  • Terlibat dengan projek Kerajaan atau pembangunan sistem yang memerlukan fungsi bacaan kandungan cip Kad Pengenalan.
3

Pendaftaran Rasmi Perniagaan

Pemohon hendaklah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia.

Panduan & Tatacara

Prosedur Permohonan Command Set JPN

1

Muat Turun Borang & Dokumen Berkaitan

Borang dan dokumen prosedur permohonan boleh dimuat turun terus melalui pautan rasmi berikut:

2

Syarat Kelayakan & Persetujuan

Pemohon perlu membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Permohonan Command Set sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

3

Kelengkapan Dokumen

Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan beserta dokumen sokongan yang lengkap kepada Jabatan Pendaftaran Negara. PENTING: Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

4

Alamat Penghantaran Permohonan

Permohonan yang telah lengkap boleh dikemukakan secara serahan tangan atau pos ke alamat rasmi berikut:

Timbalan Pengarah,
Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat,
Aras 4, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Putrajaya.
(U/P: Urus Setia Command Set)

BIL. NAMA SYARIKAT NO. PENDAFTARAN
1 CARDBIZ PAYMENT SERVICES SDN BHD 888463-X
2 SSDM SOFTWARE SDN. BHD. 700685-X
3 INVENCO ASIA SDN. BHD. 606087-P
4 TRANSACTION NETWORK SERVICE (MALAYSIA) SDN BHD 971788-M
5 INTEGRITY BUSINESS SOLUTION SDN BHD 693807-U
6 TRICUBESNCR JV SDN BHD 404563-H
7 KRIDENTIA TECH SDN BHD 344397-X
8 CHEVRON MALAYSIA LIMITED 992309-U
9 BRIGHT-WIN TECHNOLOGY (M) SDN BHD 456842-H
10 EMERICO SDN BHD 1007269-W
11 INCORE INNOVATION SDN BHD 779958-V
12 GIVEPLEASE MALAYSIA SDN BHD 1582882-D
13 IRIS ADVANCETECH SDN BHD 490389-H
14 DIV SERVICES SDN BHD 682942-A
15 XYREON TECHNOLOGY SDN BHD 645708-U
16 DATASONIC TECHNOLOGIES SDN BHD 219626-X
17 DERMALOG BIOMETRICS SDN BHD 981179-V
18 VERIFY IDENTITY FOR ALL (VIDA) SDN. BHD. 1451662-D
19 OPENSOFT TECHNOLOGIES SDN BHD 849164-K
20 OPENSYS (M) SDN BHD 369818-W
21 GD INNOVATION SDN BHD 1239891-U
22 SILENTMODE SDN BHD 864964-A
23 PIC TECHNOLOGIES SDN BHD 884943-M

Unit Biometrik dan Kad

Urus Setia Command Set

Pegawai Bertanggungjawab:
  • Sarliza Binti Md Isa
  • Fatimawati Binti Abdul Aziz
  • Rodziah Binti Hassan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Command Set, sila hubungi saluran berikut:

Scroll to Top
Peta Laman Penerbitan Arkib Elektronik
W3C Penyertaan Dalam Talian Perkhidmatan Dalam Talian Perolehan

Dasar Privasi

ezJPN Ketua Pegawai Digital Pengumuman Mengenai Kami Keratan Akhbar Soalan Lazim Piagam Pelanggan Direktori Pegawai