Permohonan untuk mendapatkan carian / cabutan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan.
Permohonan carian / cabutan daftar kematian boleh dibuat oleh kategori individu seperti berikut:
1. Ibu atau bapa (termasuk ibu atau bapa angkat atau ibu atau bapa tiri)
2. Suami atau isteri yang sah.
3. Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri).
4. Adik-beradik (termasuk adik-beradik angkat).
5. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).
6. Firma Guaman (bagi waris kategori 1-5).
7. Badan Berkanun.
8. Agensi Kerajaan.
Pemohon dikehendaki hadir di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau JPN Negeri sahaja.
A. INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5
• Borang JPN.LMH4 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan).
B. INDIVIDU DALAM KATEGORI 6
• Borang JPN.LMH4 yang telah lengkap diisi (asal).
• Surat Rasmi dari Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat lantikan daripada anak guam (asal).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri peguam (asal dan salinan).
• Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (salinan yang telah disahkan oleh Pejabat Firma Guaman).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).
C. INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8
• Borang JPN.LMH4 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
• Surat Rasmi dari Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian / cabutan dalam daftar kematian (asal).
• Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan - jika berkaitan).
Bayaran permohonan RM2.00
JPN.LMH4 - Borang Cabutan Sijil Kematian Di Hedjaz
(dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
© Copyright 2021 - Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia