Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 13 Dalam Sijil Kelahiran Bagi Pengubahan Nama Kanak-Kanak Di Bawah Satu (1) Tahun (Sarawak)
Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku.
Permohonan Pembetulan Maklumat seksyen 11 boleh dibuat oleh individu berikut:
- Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
- Penjaga kanak-kanak yang sah;
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
- Borang Form VIl dan Borang X yang lengkap;
- Surat Akuan Sumpah;
- Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK 81A;
- Sijil Kelahiran kanak-kanak; (asal dan salinan);
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan salinan);
- Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans; (asal dan salinan)
- Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport;
- Surat akuan bersekolah jika kanak-kanak bersekolah;
- Surat Akuan Penghulu di kawasan tempat tinggal kanak-kanak;
DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
- Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak);
- Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;
- Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
- Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
- Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00
Borang X – Permohonan Carian/Cabutan
Borang BMK-81 – Borang Maklumat Keluarga
Borang BMK-81A – Senarai Gambar Pemohon,Ibu,Bapa dan Adik beradik
Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.